a) Seseorang pelajar hendaklah menumpukan sepenuh
masa, perhatian, tenaga dan keupayaan nya kepada program latihan
amali.
b) Seseorang pelajar hendaklah patuh dan taat
kepada Penyelia Latihan Amali Majikan dan Penyelia / Pensyarah (yang
selepas ini di rujuk sebagai Penyelia) yang telah di tetapkan.
c) Seseorang dikehendaki hadir pada setiap masa
sama ada waktu urusniaga atau waktu kerja biasa kecuali tidak dapat
berbuat demikan disebabkan oleh sakit, kemalangan atau sebab-sebab
lain yang tidak dapat di elakkan. Walaubagaimanapun ia mestilah
memberitahu Penyelia Majikan dan Penyelia / Pensyarah terlebih
dahulu dan memberikan keterangan bertulis sebagai bukti
ketidakhadiran.
d) Seseorang pelajar tidak boleh membocorkan atau
memberi sebarang maklumat berhubung dengan pihak yang menyediakan
kemudahan latihan atau sebarang perkara mengenai urusniaga pihak
tersebut atau pelanggan-pelanggan nya atau maklumat-maklumat lain
yang di perolehi semasa menjalani latihan tersebut ataupun
sesudahnya.
e) Pelajar berkenaan tidak boleh dengan sengaja
merosakkan atau menyalahgunakan sebarang harta kepunyaan orginasasi
yang memberikan nya latihan.
f) Sekiranya UiTM pada bila bila masa dikehendaki
membayar dan telahpun membayar sebarang tanggungan yang di alami
oleh pelajar semasa menjalani latihan amalinya, pelajar tersebut
mestilah membayar semula setiap pembayaran yang telah di buat itu
kepada UiTM.
g) Seseorang pelajar yang menerima sebarang
bayaran wang atau elaun daripada orginasasi latihan latihan amali
hendaklah melapurkan perkara ini kepada Penyelia / Pensyarah Latihan
Amali Fakulti.
h) Pelajar tidak dibenarkan mengambil cuti
sepanjang tempoh latihan. Jika pelajar ingin bercuti, ia mestilah
mendapat persetujuan daripada pihak majikan dan dimaklumkan kepada
Penyelia / Penyarah atau terus kepada penyelaras Latihan Amali
i) Seseorang pelajar hendaklah tidak lewat
daripada dua (2) minggu dari tarikh akhir tempoh latihan amali,
mengemukakan lapuran kerja ke Kajian.
j) Pelajar dibenarkan menukar tempat latihan
amali nya hanya dengan kebenaran bertulis daripada Penyelaras
Latihan Amali.
k) Pelajar dikehendaki membuat laporan harian di dalam buku Log dan
disahkan oleh majikan.
l) Jika seseorang pelajar melanggar Peraturan dan
syarat latihan amali ataupun mengabaikan tugasnya atau melakukan
kesalahan tatatertib semasa menjalani latihan amali nya dia boleh
dikenakan tindakan tatatertib.
m) Segala peraturan dan syarat yang dikenakan
kepada pelajar semasa ia menjadi pelajar Uitm akan dikuatkuasakan
juga sepanjang tempoh ia menjalani latihan amalinya.