Artikel ringkas ini saya perolehi daripada Internet. Sebahagian kandungannya telah diubah untuk disesuaikan dengan suasana di temoat kerja kita. Petua berikut boleh diamalkan untuk mengurangkan keletihan ketika bekerja:
1.
Bersifat Positif Terhadap Pekerjaan
Kita harus positif terhadap kerja yang kita lakukan.
Yang lebih penting kita sedar bahawa tugas yang kita lakukan ini adalah ibadah
yang akan dibalas pahala oleh Allah. Ketika bekerja, kita haruslah ikhlas dan
menyenangi apa yang kita lakukan walaupun berat dan membebankan.
2. Bersantai Sejenak
Bagi pensyarah, gunakan waktu rehat antara waktu
mengajar untuk berehat dan bersantai. Lakukan dengan menarik nafas dalam-dalam
untuk beberapa saat. Ini akan meningkatkan tenaga dan tumpuan ketika mengajar.
Jika bekerja di pejabat dan kerap menggunakan komputer, berehatlah lima atau 10
minit dengan memandang ke luar pejabat atau berbual-bual di ruang tamu. Elak
menggunakan komputer secara berterusan melebihi sejam.
3. Nikmati humor dan ketawa:
Berkelakar bersama teman-teman sekerja yang boleh menimbulkan ketawa dapat
mengurangkan tekanan dan seterusnya dapat membangkitkan tenaga dan kesegaran.
Akan lebih mudah menghadapi pekerjaan dengan senyum daripada terus muram
disebabkan keletihan.
4. Bekerja secara sistematik:
Buatlah skala dan jadual keutamaan terhadap
pekerjaan yang harus diselesaikan terlebih dulu. Saya mengamalkan jadual waktu
‘task’, dimana saya akan menyenaraikan kerja yang ingin dilakukan bagi jadual
harian, mingguan, bulanan dan tahunan. Saya tidak tentukan masa untuk
kerja-kerja tersebut. Saya percaya kepada ‘time flexible’ iaitu saya tidak
terikat kepada masa dan cuba menyiapkan tugas harian pada hari yang sama, tugas
mingguan pada minggu yang sama dan seterusnya. Ini akan membuat kita tidak
terburu-buru dan tertekan dalam membuat pekerjaan.
5. Banyak minum air mineral:
Air putih dapat menimbulkan kesegaran dan melancarkan metabolisme tubuh. Jika
kita lihat anak-anak kaum tionghua di sekolah, mereka akan membawa botol air 1.5
liter yang akan mereka habiskan dalam satu sessi persekolahan. Begitu juga
pelajar-pelajar Universiti di Australia. Air mineral adalah sesuatu yang penting
untuk dibawa kedalam dewan peperiksaan. Bagi masyarakat kita, kebanyakan mereka
hanya minum teh, waktu pagi, teh-o-ais makan tengahari, kopi minum petang dan
fresh orange ketika makan malam. Kita harus mengubah rutin ini dan mengamalkan
minum air putih sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Apabila darah lancar, kita
akan merasa cergas dan sihat.
6. Lakukan aktiviti fizik:
Untuk mengendurkan otot-otot yang mulai kaku, lakukan gerak badan atau senam
ringan, di dalam atau di luar ruang kerja. Aktiviti ini akan dapat menyegarkan
tubuh badan kita dan akan dapat mengurangkan keletihan.
SEMOGA BERJAYA
Last Updated: 16/06/03 .
Copyright © 2003 All product names are trademarks of their respective companies. This websites is not affiliated with or endorsed by any company listed on this site. Thanks to geocities for its service.